Saturday, December 2, 2017

PERSEDIAAN TRIP KE UK MAC 2018


London Red Double Decker Bus
( Westminster Abby)

PANJANG CERITA SEBELUM DAPAT KE BERCUTI KE BENUA EROPAH 2018

Bismillah, berkat doa bertahun tahun sejak zaman kerja 2013 dok usha London via booking.com,agoda dan tengok kawan2 lain bahagia melancong ke Negara Eropah , tersemat dalam hati one day aku akan kesana berbekalkan kudrat 4 kerat kerja kuat nak reward diri !

Well setelah, berazam bhenti kerja Ogos 2016, so jangan sangkal Rezeki DIA berdoa jelah agar cita-cita kita termakbul sebab niat yg baik kan , masyallah Nov 2017 hubby akak Mr Din Tailor nekad beli tiket ke London - Amsterdam 13.3.2018 - 27.3.2018. Speechless la jugak ni, dalam hati berbunga panjat syukur. Rezeki anak-anak jugak ni kan, kami ni tumpang rezeki diog je. 

Maklumla 2017 semua agenda bercuti terpaksa beku due to anak SPM and UPSR . 2 agenda besar strike kami so semua fokus pada anak-anak sepanjang 2017 dan macam-macam yg terjadi sepanjang 2017 yg buat terasa Allah nk timba balas sabar pd kami nah DIA reward sesuatu yg terindah tak terjangkau dek akal, TQ ALLAH, Alhamdulilah ! Bayangkan setiap tahun pasti ada trip jauh, 2017 semua trip dibatalkan untuk beri ruang masing-masing all out fokus pada study. So now all hard works pays off ! Bella pun claim holidays yg panjang since UPSR boleh 2A ( boleh la dari takde ) sebab ami tahu seksanya KBAT ! KIta semua dah buat yang terbaik. Wah panjang mukadimah, saje nak pelepas angin setahun tu tak bercuti kemana kematu gak dok Msia je..hahaha ..takpe save the best for last kan !!!


KENAPA KE EROPAH ?

Ingat kata-kata ni sampai bila-bila, "berada di mana-mana di muka bumi ni sebenarnya kita ni tetamu Allah" dah, kalau DIA tak izinkan manakan boleh sejauh ni kita mampu nak plan kan ? Mulanya bajet kira-kira lepas la ke Istanbul, sebab mikirkan hmm, duit Lira takdelah jauh beza, beza sen sen je, so punyala hakak study 2 minggu ke Istanbul siap booking dah best apartment, habis duit murah, balun la stay yang best best kan sesekala hehehe, berangan dah nak drive ke Capadocia etc, pergh membazir life akak, 2 minggu fokus Istanbul, tetiba hubby kata cuba u lencong ke Athens, Rome , Paris, aikkk lain macam bajet dia ni (dlm hati  akak curious sangat)! So study2 seminggu gak, bang mahal tiket ni pergi balik RM5 k sorang (telaah skyscanner.com muntah jeluak akak). Entah kenapa tangan terus tekan KLIA - London eh, kenapa murah ni ???? Dah malas ceta panjang ( dah terpanjang pun..hahah) itulah kisah disebalik kisah ( ada og kisah) hahaha. Akak kan kata nak pelepas angin lama tak bercuti ni..huii!


MISI UTAMA KE LONDON DAN PARIS

misi utama adalah untuk penuhi tuntutan cita-cita buah hati saya aka husband, MR Din Tailor ( Top 3 best bespoke tailor in Malaysia according to sumber terbaik dan dipercayai among them la ) Alhamdulilah, bertapak lebih 20 tahun dalam industri bespoke tailor lebih buat keterujaan untuk sampai ke KOTA LONDON ( kami datang bukan sebagai pelancong bahkan untuk penuhi impian hidup) kerana disinilah lahirnya pioneer awal para bespoke master tailors di Saville Row London . Masyaallah terujanya kami boleh pergi untuk jalinan hubungan nanti, dan paling best boleh direct nego dengan supplier utama kain-kain di sana. Yang mana selama ini kami berurusan dengan pihak ke3 untuk pembelian kain-kain ( high rank qualities ) via Singapore traders, semestinya mahal !



TIKET PENERBANGAN DAN COSTING

Tempah tiket emirates murah lagi masa Nov 2017, kami berlima RM13,000 @ RM 2600 ok sangat la ni kan ! 
KLIA - LONDON , balik via Amsterdam , setelah study kami elak balik dari LONDON sebab airport tax yang mahal beza pun ribu jugak, so plan balik dari Amsterdam jauh lagi jimat !


ITINERARY KE NEGARA EROPAH

CADANGAN AWAL : ~
14.3 - 18.3.2018  ( LONDON , MANCHESTER, LIVERPOOL )
19.3 - 23.3.2018  ( PARIS , BELGIUM ( BRUGES/ BRUSSEL)
24.3 - 27.3.2018  ( AMSTERDAM , GERMANY ( COLOGNE) )

tarikh entry ni 2.12.2017 ( saya masih mentelaah lagi ..hehehehe ) 
pada ketika ni semua HOTEL dah kami tempah ! cuma nk mengodam last minit mana yg boleh adjust bajet lagi elok kan, kami berlima ni bukan calang-calang belanja weilok ! Semoga urusan kami dipermudahla...
Untuk tempahan banyak urusan penginapan terbaik di Agoda, Booking.com , Expedia , Hostelworld.com , Tripadvisor banyak membantu pencarian lagi tepat disebabkan banyakla review-review satu dunia dok hentam dalam tu, so bila banyak komencyg negatif senang awal-awal kita reject mana yang patut ! Cuma Expedia mostly kena byr on the dot, lain macam booking.com boleh pilih nak bayar di hotel, itupun nasib nasib la kan, dinasihatkan booking awal hotel 2,3 bulan dari tarikh kita plan datang. Moralnya JANGAN LA BUAT KERJA LAST MINIT , TRIPPLET kena bayar, pergh makan angin kuar asapla !

PERSEDIAAN PASSPORT UPDATE

check la yang penting ni, tarikh expired kena atleast 6 bulan ! Bukan den cakap, hakak imigresen yg cakap . Owh ye jika anak-anak kita yg dulu kala sebelum ada IC dah buat passport, maka segeralah buat IC dan update imigresen nanti diog akan cop/update di page passport sedia ada !


BELI AWAL SEGALA TIKET TAMBANG DI EROPAH

Termasuklah tiket OYSTER CARD ( macam touch n go) , beli online dari Msia, diog akan send ke alamat Msia ..class gitew, pos London hantar rumah perghh !! Moralnya takde la susah susah nanti sampai airport beribu umat beratur nak beli, kita terhegeh hegeh baru nak beli, bayangkan dengan muka dah macam tapai 14 jam flight, beg berkilo tu ko rasa ada masa nk happy hour kat airport nak queue panjang semata mata nak beli tiket bus ! Rentikan, siap awal2 ..entah ada yg jetlag mana tahu especially yg bercakap ni, hahha !

LONDON - PARIS naik bus je (so beli tiket awal - 8 jam perjalanan - tido la jwbnya) jimat!
PARIS - BRUSSEL naik bus ( so beli tiket awal - 4 jam perjalanan - jimat ) day trip je
PARIS - AMSTERDAM ni grand sikit naikla EURO STAR , train super laju 2 jam je sampai
AMSTERDAM - COLOGNE , GERMANY - naik train , nanti update !

lepas ni kita pi entri......................... untuk uols tengok berapa costing hakak untuk tambang sahaja, inilah cari jimat nak travel ke benua Eropah


No comments:

Post a Comment