Tuesday, May 9, 2017

2 BULAN PERSEDIAAN KE KOREA


Friday, May 2, 2014

Persediaan yazzy 2 bulan sebelum ke KOREA

Assalamualaikum..
Memang lama nak update blog untuk travel log yazzy , kenangan anak-anak and the whole family utk semua percutian yang kami pergi . Syukur ke hadrat illahi kerana panjang umur dan selalu doa panjang umur untuk jelajah bumi indah Allah ni...selagi sihat dan termampu ni!!


Percutian ke KOREA memang tidak dirancang sebenarnya, mula-mula kami cadang ke Beijing sebab anak-anak teringin nak bercuti di negara bersalji...tetapi perancangan jadi lain pulak, tiket MAS ke Beijing pada waktu yang kami nak tu , mak aii mahalnye RM 13K utk 7 orang...so nak dijadikan rezeki ..saje browse MAS ke KOREA pada bulan MAC , kot kot boleh dapat harga murah.. ya Allah , suprisingly mmg kebetulan MAS offered harga JIMAT ke KOREA pada 19-26 MAC 2014 , baru 12,000 untuk 7 orang , terus yazzy booked and tak pikir panjang yazzy nekad sebulat hati !!! Hubby setuju terus ..senyum dia coz mmg lama kami berangan nak ke KOREA..tanyalah semua org siapa yang tak nak ke KOREA kan ??? Pulak tu demam drama KOREA kemain menjadi jadi sekarang 2013-2014..termimpi mimpi kulit gebus licin gadis gadis KOREA...huhu....bak kata hubby yazzy , cari duit penat2 selama ni untuk anak-anak , apasalahnya bagi reward kat diog jalan jauh sikit..


Bayangkan anak-anak bila tahu nak bercuti ke KOREA , hahahaha..siang malam dok cerita and google tempat -tempat best kat sana...angau masing2 !!! So bermula lah episod 'shopping spree' untuk spring collection wear!!!! Seriously bila ke negara luar time musim sejuk atau spring (time sejuk ) then u have to spend banyak sikit la , esp, yazzy yang dah lama berangan nak beli trench coat !! sebab masa ni saje lah yg boleh melaram pakai !!!


We all love fashion . And bermulalah episod peragaan jaket-jaket yang dah lama beli ( few dah beli last time) cuma tambah sikit-sikit je this time..sikit-sikit pun ive to spend RM 8k untuk persediaan luggage bag , winter/spring wear and etc!!! Sekali sekala lepas tu , tak payah beli-beli dah !!!! Grabs some item di H & M , Mark n Spencer , kena pulak timing bulan Jan 2014 , mmg diog offer end season !!! so grab segala yang mampu , bukan segala yg mungkin !!! hahaha..kira bajet..takut overdose coz nak belanja kat sana lagi penting !!!

DAY 1 KOREA 2014

Friday, May 2, 2014


1st day KOREA 19 MAC 2014 part 1

Bermulalah episod yg ditunggu 19 Mac , Flight MAS 066 jam 11.00 pm dari KLIA ke INCHEON, Seoul. So makayah pun excited hantar kami , nak tengok cucunda sblm pergi . MAsing-masing berserah pd Allah coz pada masa kami berlepas ni MH 370 baru saje jadi topik hangat hilang last 2 week !!! Kita berserah pada DIA saje ...

kami ber 7 pergi , yazzy n hubby diringi anak-anak 5 orang...excited and selalu berdoa !!!


tengok thariq dan bella manja dengan atok !!! mulalah episod 'fashion showcase' !!!


Mr n Mrs Din Tailor ( WELL DRESS TAILOR )


kami anggap ni honeymoon kami yg ke 16 tahun !! Wah lamanya bertahan..alhamdullilah , biarlah sampai ke JannahNYA...

Penerbangan ke Incheon dari KLIA makan masa 6 jam , bertolak jam 11am sampai jam 6.50 waktu Seoul. Masa di Korea awal 1 jam dari Malaysia. Before arriving tu , pilot inform cuaca di luar 5 darjah celsius !! We all ponder , how cool its goin to be...semua gloves, muffla dan ready siap-siap dalam bag sack . Alhamdulliah safe landing and its 1st time di bumi KOREA !! Alhamdulilah panjang umur dan MAS tak ada masalah !!! Dari airport , macam expert je cari 7-Eleven atau Gmart untuk beli T-Money . Kad reload utk semua kegunaan pengangkutan di Seoul ( subway, cab n etc). Airport Incheon mmg cantik , no wonder diantara airport terbaik dunia tu !!!
We all take a bus as directed by owner hostel kami. Thanks minji u help us a lot . Selalu balas balas email almost 2 month . 


direction : BUS NO 6011 to Sungkyungwan Universiti


Walaupun mengantuk tak cukup tidur dalam fight , cuaca sejuk buat mata kami jadi bundar !!!

janganlah lupa nikmati susu pisang yang selalu blogger cadang. Banana wuyo in Korean language !! 

Susu pisang..perkara pertama yazzy nak adalah minum susu pisang ni !!! Bila semua anak-anak rasa mereka terus addicted satu hari atleast 4 botol sorang tu.. Each selling KRW 1500 ( RM 3.50) je . Bayangkan tiap hari beli stok 10 botol hmmmm RM40 sehari untuk susu kocak pisang ni, apa pun sangat puas dan perasaan yang mengidam selama ni dah pun termakbul !!!!

Setiba di Bong Guesthouse di Hyewa atau Sungkyungkwan University ( berdepan ), sangat selesa ada 3 katil double decker means ada 6 katil bujang and quiet spacious utk family !! Kitchenette , stove, kitchen appliances , segala macam benda ada so mmg yazzy tak bawak apa-apa pun cuma bawak sabun taharah untuk kerja-kerja menyamak semua periuk before masak time !!!





Perkara pertama kami buat..hahaha..susun makanan yg bertnya almost 10 kg dari Malaysia..Tengok tu macam2 ado !!!



So jom kita kira bajet 1st day sampai ni start dari airport tadi ,


1- belanja di 7-eleven tadi KRW 15,000 ( RM 48) susu pisang 3, air tin 3
2- beli T-Money ( reload tidak termasuk ye) KRW 18,000 ( 57) utk 6 kad , bella - 9 tahun kadar separuh dan Thaariq free !!
3- reload top-up setiap kad KRW 10,000 ( RM30 x 6) jumlah RM 180 , harap cukuplah buat tambang subway atau bus selama 6 hari. Kalau tak cukup takpe tempat reload punyalah banyak di G-MArt atau 7-eleven, subway lagi senang pakai mesin yang friendly user tu !!!
4- tiket bus dari airport ke guesthouse KRW 50,000 ( RM150) , bella dan thaariq free pulak..rezeki !!! Agaknya suka tengok muka Thaariq dah ala-ala budak K-pop..Korean suka pulak usha-usha dia..dia lagi la melayan !! Kampung dia la katakan !!!
5- Minum sebentar di Paris Baquette . My Favourite caramel macchiato dan roti-roti pun dah KRW 40,000 ( RM120) ..terkejut ?..biasalah nama pun negara maju kan !!!
6- Bayar penginapan di guesthouse selama 6 malam costly RM 2,000. Itu pun dah diberi diskaun selepas slow talk selama 2 bulan !!! Jangan terkejut tempat penginapan di Seoul memang diakui mahal esp. bila kita bawak family yg ramai , kalu berdua memang sangat jimat boleh share dengan mana-mana roomate lain . Bagi hubby dia tak nak share toilet atau kitchen so kenalah keluar extra sedikit untuk 'privasi' tu.. Standardla tu..

So total 1st day je dah makan belanja RM 2555 ..kalau anda convert di kepala memang rasa mahal tapi sebenarnya anda baru berbelanja KRW 809,235.17 , kalu paham maksud yazzy sebenarnya jika di matawang mereka kami ni baru je berbelanja 800 lebih je sebenarnya, disebabkan matawang kita yang rendah teramat nilai 3 kali ganda so terasa besar !!


Peringatan : JIka anda berada di luarnegeri jangan convert apa yang anda belanja dengan RM nanti tak selera nak berjalan dan makan..Kami cadang nak belanja lebih kurang 8 ribu duit mereka so kena tukar RM siap-siap which means 8x3..hmmm paham-paham sendirilah ye !!!!

TIPS KE KOREA 2014


Friday, May 2, 2014

TIPS KE KOREA

Alhamdulilah dengan bantuan bloggers dan frens of mine yang dah ke bumi KOREA sendiri without tourist guide atau join mana-mana group , so yazzy decided cabar diri sendiri , boleh yazzy boleh !!!! Kalu based on apa diog experienced memang senang explore sendiri , lagi pun jimat !!! Itu yg penting .


TIPS KE KOREA jika anda ingin backpacker :

1- fahami sistem pengangkutan - subway , route/jalan ( bus) sangat senang mcm LRT kita je..cuma diog lagi canggih , no doubt lah!!

2- fahami sikit-sikit bahasa penting :- 안녕하세요 (annyeonghaseyo)hello
안녕 (annyeong) goodbye
Have a nice day 좋은 하루 되세요 (joeun haru dweseyo)
How much is this? 이게 얼마예요? (ige eolmayeyo?)
Sorry 미안합니다! (mianhamnida)
Thank you 감사합니다 (kamsahamnida)
I love you 사랑해 (sarang hae)

!! They love to bagi 'salam' pada kita bila jumpa..sangat2 polite lah diog ni..suka..suka!!


3- cari penginapan dalam www.booking.com atau www.airbnb.com ( tanpa deposit dan boleh cancel 2 minggu sebelum ) !!

4- fahami 10 tempat menarik yang perlu anda kunjung bila ke sana , so tak blur la..

5- buat itenary macam semua tour guide buat , be professional ok..i did it like i was going to conduct one big group !! hahahah..macam best je tukar kerjaya kan !!! one fine day, siapa yang tahu..insallah !!! ingat jadikan traveller not a tourist, coz bila jadi traveller anda akan ingat kemana anda dah pergi dan boleh share experience dengan baik pada semua orang !!!!

6- goggle tempat makanan muslim, yg memang banyak di KOREA , jangan risau ,makanan halal banyak di sana , nanti yazzy share dengan uols !!!!
7- makesure sebelum berlepas, pastikan keadaan cuaca selama mana anda bercuti , google je http://www.weather-forecast.com/
8- bila dah pasti keadaan cuaca then baru leh start packing apa yang patut, alahai dalink jangan bawak baju banyak sangat sebab di sana pun boleh beli . Tapi bagi yg short bajet , anda disarankan bawak la ye, cuma kat sana ada dobi sendiri dan di setaip guesthouse pun ada washing machine so apa nak risau !!!
9- pastikan tukar awal-awal duit . Sebab pertukaran wang asing selalu naik turun, kalu turun tu ok kalau setiap minggu naik je alamat ciput jela bajet nanti !
10- jika musim sejuk/spring pastikan anda 'wajib' bawa long john !!!! Malaysian tak biasa sejuk ok. Kalau kita fikir duduk dalam aircon ni sejuk dah..hmm shall i say kat sana 5X kali ganda dari ini, so untuk pastikan anak-anak atau diri kita sendiri nak selesa atau warmer di dalam..tolonglah beli long john !!!
11- Bawaklah jacket atleast 2 , sweater 2 dan topi kepala untuk selesa.Beli time sales atau nak bajet lagi , beli je kat bundle murah sangat you !! RM 10 pun dah dapat, setakat nak pakai seminggu kan, tak payah nak berabis-abisan belanja..( kalau korang nak beli nun di pasar tani/malam sg.buloh diorg ada bundle ) tapak pasar sg.buloh !!! Atau nak lagi havoc gi tanjung malim bundle badin !!!! Perghhh..tak caya google la !!!
12- Bagi yang bawak anak-anak dibawah umur 6 tahun , tolongla bawak stroller, disebabkan semua aktiviti disana memang entirely guna kaki so anak-anak takan tahan ! Patah pinggang jugak nak dukung !!
13- Makesure photostate passport buat 3 salinan letak di dalam hotel, letak dlm beg . Pastikan and beli leather warren bag sebab kuat tahan utk kita letak passport dikuatiri tercabut dan pastikan diletak di badan anda sentiada ( pakai sling bag).
14-

Posted by yazzy at 1:45 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

TEMPAT STAY DI KOREA 2014


Wednesday, May 7, 2014

Berkampung di BONG HOUSE , Jongno-Gu , Seoul




Suasana macam siri drama KOREA je kan..kawasan Sungkyungkwan University di Hyewa. 

Cantikkan tempat yazzy pilih untuk merehatkan badan and minda . Di hyehwa ni memang terkenal dengan student dan dekat dengan subway Hyehwa. Lagipun semua bangunan cukup meredupkan mata , bangunan pencakar langit tiada disini ye...yy memang pilih to stay tempat yg still heritage lagi , macam berada di lokasi drama KOREA je ...alhamdulila cuaca petang ni jam 2.00 waktu Seoul ( waktu Malaysia 3.00 ptg ) sangat redup, angin sepoi-sepoi bahasa gitu dan sangat sejuk , tengok hp memang 5 celsius tu !!! Sejuk gigil macam petiais..!!

Setelah check in di Bong House , kami pun diiringi Minji tersayang, comel sungguh la diog ni tengok berdepan , memang kulit bak kulit telur !!!! Jeles i ...hehehehe kami ke studio apartment yang disewa dengan kadar RM 2000 selama 6 hari . Privacy dan ada 6 bunk bed, boleh masak !!





( 2017 - bangunan ni telah dijadikan coffee shop..so tinggal kenangan )
Studio kami di tingkat 3 ..aduhai..jenuh anak-anak angkat beg !!!


Tapi cuba uols tengok apa kedai di bawah apartment ini, kedai makanan seafood segar !!! Alahai sedapnya nampak sotong besar kepala kita ni ha...!!!















nak start ronda ronda town !!



Disebabkan tak familiar lagi tempat makan halal sekitar so kami masak dulu sebelum keluar , bekalan yang ada tu kita masak la apa-apa yang simple, time sejuk-sejuk ni memang terasa cepat lapar !!






Tengok tu menu yang simple untuk 1st day , hari ini menu spaghetti goreng dan nasi goreng kampung . Cukup untuk kami 7 beranak . Yazzy bawak butter sebagai ganti minyak masak . Bawang besar holland beli di kedai bawah apartment kami .Ada minimarket di sebelah rumah, menarik lafaz lega sebab dah terperasan tadi lalu depan kedai tu banyak boleh beli untuk masak , sayur dia sungguh fresh , gebu gebu ! So kenyangkan perut anak-anak dulu, takut meragam pulak time jalan-jalan .Thaariq makan banyak !!! Tengok tu..kaki spaghetti la katakan..(kata atok dia..kecik-kecik dah ke korea !!..hahahha).






Sabun taharah untuk tujuan samak semua utensils guesthouse . Kena ada ilmu nk samak ok !



Ha..tengok ni fresh tak buah-buah diorang , kat street market je ni bukan di supermarket ! Tergeliur ayak liur ..hahah..


Murah -murah je tapi barangan memang kualiti !!



Inilah anak-anak bujang saya..






this is mr n mrs din tailor

thaariq and bella




we are the only gals dalam family !!!

mummy and bella


Jacket kami by H & M dan Mark n Spenser, Sweater Knitted by Zara , tudung by YY Mall ( wide shawl)

PERSEDIAAN KE KOREA 2015


Tuesday, December 1, 2015

Day 1st Seoul 2015 ( boarding time)

Dengan pesawat Airasia X , bajet sekitar RM 9000 untuk 6 pax ( all in termasuk insuran n baggage 20kg seorg pergi balikK, kami diterbangkan dari KLIA 2 ke Incheon International Airport dari jam 9.00 pagi - 3.30 ptg ( penerbangan selama 6 jam 30 minit ini )

Alhamdullia, sebagai musafir berdoala banyak2 agar dipermudahkan urusan penerbangan pergi balik kita kan! Solat musafir dulu dari rumah, doa musafir dan teruskan bertawakal pd DIA...

KLIA 2, 1st time kami menaiki Airasia dan 1st time kami di KLIA 2, agak jauh berbanding MAS terminal di KLIA so, u better watch out ! Selalunya jika international flight , boarding gate agak jauh is about 30-45 minits to walk, jangan berlengang kangkung ye..bagi yg ada famili members yg kurang sihat, adjust masa anda awal 3 jam untuk melepasi imigresen, baggage check in, (pls check in awal dr rumah utk keselesaan dan selamat)

TIPS KE KOREA final check....

- check passport / booking check in

- makesure keperluan anak-anak kecik bawak as hand luggage

- botol air kosong ( keperluan di toilet seoul )

-ubat-ubatan ( demam/selsema/batuk/pening)

-pakaian yg sesuai

-confirm dengan tempat penginapan utk last round!

-surah yassin (cuti jauh2 ni agak seram sikit so byk la berzikir spjg masa ok )

-makanan ringan dlm beg takut lapar ( biskut,snikers etc)

-orderla makanan dlm flight secara online bila pecutian jarak jauh ni, sangat lapar dan ada ketika nak order dalam flight semua makanan habis.

-makesure duit jangan letak setempat, so agih agihkan sana sini sinun , just incase tertinggal satu, ada emergency plan


-apply PLATINUM DEBIT CARD sebagai kemudahan besar buat kita . Apply di mana-mana bank akaun kita, minta di update /bukak status maksima pengeluaran seharian dan online transfer sehingga RM10,000 sehari ! ramai yg kurang info pasal ni kan, so yy manage to buat, dan cukup menyenangkan setiba di Seoul , pengeluaran di ATM sempurna di buat , TETAPI sila pakai bank dengan kadar rate yg rendah sahaja ye..tak mahal mana pun sekali keluar maksima RM3,000 di Seoul setiap hari dengan kadar upah tak lebih RM50 sekali transaksi, suka diingatkan, cas akan dikenakan even kita nak check balance je so tak payahla nak buat balance inquiry memadai dengan online check sudah !! Jika tidak terbang RM 15 kita..


-jangan convert duit RM bila di luarnegara nanti senak perut ( means tak selera nak bercuti) .YY bagi tips , cara kami buat, belanja maksima sehari anggaran kasar 1000 dollar mereka means kali 4 = RM 4000 ,so perbelanjaan sehari dengan segala macam kotijensi/tambang/makan kami anggar atau jangan lebih exceed RM4,000 sehari duit kita , so yy spend 11 hari disana means kena sediakan duit around 30-40k , cukup..!!


**suka diingatkan kami ni ber enam so agak besar belanja ditambah DUIT RINGGIT makin tak laku di luar negara ( nak marah kat siapa ye ), dan stay di private house so mahal sikit compared sharing room/house, U know what kami tak pun exceed belanja..even 40k semua termasuk shoppin sakan di sana 30 handbeg, toys setiap hari, makan sedap2, coffe karamel machiato 4 kali sehari seorang ( 4 org kaki kopi), travel lagi...so logiknya belanja each pax RM6000 seorang, setiap hari RM 600 ringgit sahaja termasuk hotel, makan, transport, shopping sakan...siapa kata MAHAL ????








syurga dunia n akhirat yy , inilah punca rezeki kami berganda-ganda !!!

Bella, Muammar,Thaariq , Hakim

Say bye to Kuala Lumpur , Hello to Incheon !!!!

Bismillah !!!


YAZZY KOREA 2016 ( 14 DAYS TRIP) NOV-DEC


WHY SEOUL FOR THE 3RD TIME SINCE 2014 ( YEARLY TRIP / )

Alhamdulilah tahun ke 3 di bandar tercinta Seoul ! Kenapa Seoul again n again ? Simple je reason - First n foremost it has a unique /creative people mmg sesuai dgn kami yg suka dunia penuh art dan full of brilliant ideas for business esp. Kita dapat belajar banyak benda , jika kita betul2 kita absorb cara mereka berpikir , bila balik Msia automatik kita dah boleh berkarya dgn penuh kreatif di dunia sendiri. 


Reason kedua adalah untuk reward anak-anak, betapa banyak masa mereka kami curi hingga banyak waktu kualiti milik kami bsama dihabiskan untuk org lain 'babysitter, thats why kami tekad untuk cari rezeki yg maha hebat buat mereka rasa tidak dipinggirkan ! Seriously kita ni semua menumpang rezeki anak-anak je kan !


Reason ketiga Kami kutip semua pengalaman yg baik untuk tujuan RND bisnes bisnes kami . Yang penting enjoy sangat dgn cuaca yg sungguh romantik dan sesuai dgn jiwa bisnes kami - JACKET MASTER ! So inilah masa terbaik show off semua jacket2 autumn/winter terbaik kami utk tatapan peminat di alam maya !
Kami mmg kaki jacket, even di Msia pun panas terik still well behave dengan jacket, well its part of our Soul ! Weve been in Jacket Business for more than 20 yrs, oopps lupa nk say thanks to our CEO, Mr Din Tailor yg sponsored all our trip Korea since 2014 lagi, dia bagi token, yy sanggup study all the places in Seoul , i dont mind that ! Love to travel, masa kecik xdpt, bila Allah beri rezeki yg lebih kenalah share pada famili.

Trip kali ni , lama 14 days..yup bunyi macam bajet yg banyak ! It is dear, bila bertujuh ni spare RM60k im not joking for emergency n belanja tapi alhamdulilah kita minta bantuan Allah supaya dipermudahla urusan kami disini. So trip 2016 bersyukur dr mula hingga balik Msia semua ok !