Sunday, December 3, 2017

AUTUMN LOOKBOOK 2015

Tuesday, October 13, 2015

FIGURA AUTUMN LOOKBOOK - AUTUMN JACKET COLLECTION


Again Seoul 2015. Alhamdulila rasa seperti balik kampung je, sebab Seoul dekat di hati . Why Seoul again n again ??? Sebab yy sendiri rasa mudah nak explore Seoul tanpa bantuan tour guide and then berbaloi my study 4 month tentang Seoul cukup buat yy expert n berani jalan2 di bandar Fashion ni...

1st kami nak buat first impak baik buat butik muslimah yy - FIGURA Butik untuk 1st lookbook bagi jacket-jacket autumn kami. Keduanya reward untuk anak-anak yang bersabar dengan masa kami as parents yg cukup pack 2015 ! So kita bagi peluang 12 hari ini, spent masa untuk family selama 2015 kita kerja keras !
Kids they deserve it.
Jom kita tengok photoshot mini series untuk  lookbok Autumn Jacket Figura yang memang cukup extravanganza buat semua peminat2 !


welcome to my place
FIGURA BESPOKE
LOT 2.79 1ST FLOOR
WISMA CENTRAL
JALAN AMPANG 
KUALA LUMPUR












BREATH TAKING FALL IMAGES FOR YOUR INSPIRATION
captured in Sungyunkwan University, Hyehwa
credit to Mr Din the tailor cum the photographer
Our stay : BONG HOUSE, sungyunkwan University, Jongno-uga
21 - 31 october 2015
season : autumn/fall
wheather : windy - day light 5-10 c/ nite 2-5 c
" panas terik tapi angin sejuk dalam peti ais'
bayangkan panas tapi sejuk masyallah..biru kuku kaki !!!

















Bayangkan ini baru tempat menginap je, belum ke daerah yg lain. Berbaloi kan study negara orang dan rasai kebesaran Allah !!! Belajar mengenali negara orang membuatkan kita rasa rendah diri pada kebesaran DIA Maha pencipta !!! Subhanallah , pesan yy buat semua carilah jalan menikmati keindahan dunia luar agar lagi dekat melihat kebesaran illahi !!!

be A traveller not a tourist...

TEMPAT PENGINAPAN DI JONGNO-GU SEOUL

Berkampung di BONG HOUSE , Jongno-Gu , Seoul


Suasana macam siri drama KOREA je kan..kawasan Sungkyungkwan University di Hyewa.

Cantikkan tempat yazzy pilih untuk merehatkan badan and minda . Di hyehwa ni memang terkenal dengan student dan dekat dengan subway Hyehwa. Lagipun semua bangunan cukup meredupkan mata , bangunan pencakar langit tiada disini ye...yy memang pilih to stay tempat yg still heritage lagi , macam berada di lokasi drama KOREA je ...alhamdulila cuaca petang ni jam 2.00 waktu Seoul ( waktu Malaysia 3.00 ptg ) sangat redup, angin sepoi-sepoi bahasa gitu dan sangat sejuk , tengok hp memang 5 celsius tu !!! Sejuk gigil macam petiais..!!

Setelah check in di Bong House , kami pun diiringi Minji tersayang, comel sungguh la diog ni tengok berdepan , memang kulit bak kulit telur !!!! Jeles i ...hehehehe kami ke studio apartment yang disewa dengan kadar RM 2000 selama 6 hari . Privacy dan ada 6 bunk bed, boleh masak !!

Studio kami di tingkat 3 ..aduhai..jenuh anak-anak angkat beg !!!

Tapi cuba uols tengok apa kedai di bawah apartment ini, kedai makanan seafood segar !!! Alahai sedapnya nampak sotong besar kepala kita ni ha...!!!




nak start ronda ronda town !!


Disebabkan tak familiar lagi tempat makan halal sekitar so kami masak dulu sebelum keluar , bekalan yang ada tu kita masak la apa-apa yang simple, time sejuk-sejuk ni memang terasa cepat lapar !!



Tengok tu menu yang simple untuk 1st day , hari ini menu spaghetti goreng dan nasi goreng kampung . Cukup untuk kami 7 beranak . Yazzy bawak butter sebagai ganti minyak masak . Bawang besar holland beli di kedai bawah apartment kami .Ada minimarket di sebelah rumah, menarik lafaz lega sebab dah terperasan tadi lalu depan kedai tu banyak boleh beli untuk masak , sayur dia sungguh fresh , gebu gebu ! So kenyangkan perut anak-anak dulu, takut meragam pulak time jalan-jalan .Thaariq makan banyak !!! Tengok tu..kaki spaghetti la katakan..(kata atok dia..kecik-kecik dah ke korea !!..hahahha). 

Sabun taharah untuk tujuan samak semua utensils guesthouse .

 


Ha..tengok ni fresh tak buah-buah diorang , kat street market je ni bukan di supermarket ! Tergeliur ayak liur ..hahah..

Murah -murah je tapi barangan memang kualiti !!

 


Inilah anak-anak bujang saya..

 this is mr n mrs din tailor
thaariq and bella



we are the only gals dalam family !!!
mummy and bella


Jacket kami by H & M dan Mark n Spenser, Sweater Knitted by Zara , tudung by YY Mall ( wide shawl)

Saturday, December 2, 2017

PERSEDIAAN TRIP KE UK MAC 2018


London Red Double Decker Bus
( Westminster Abby)

PANJANG CERITA SEBELUM DAPAT KE BERCUTI KE BENUA EROPAH 2018

Bismillah, berkat doa bertahun tahun sejak zaman kerja 2013 dok usha London via booking.com,agoda dan tengok kawan2 lain bahagia melancong ke Negara Eropah , tersemat dalam hati one day aku akan kesana berbekalkan kudrat 4 kerat kerja kuat nak reward diri !

Well setelah, berazam bhenti kerja Ogos 2016, so jangan sangkal Rezeki DIA berdoa jelah agar cita-cita kita termakbul sebab niat yg baik kan , masyallah Nov 2017 hubby akak Mr Din Tailor nekad beli tiket ke London - Amsterdam 13.3.2018 - 27.3.2018. Speechless la jugak ni, dalam hati berbunga panjat syukur. Rezeki anak-anak jugak ni kan, kami ni tumpang rezeki diog je. 

Maklumla 2017 semua agenda bercuti terpaksa beku due to anak SPM and UPSR . 2 agenda besar strike kami so semua fokus pada anak-anak sepanjang 2017 dan macam-macam yg terjadi sepanjang 2017 yg buat terasa Allah nk timba balas sabar pd kami nah DIA reward sesuatu yg terindah tak terjangkau dek akal, TQ ALLAH, Alhamdulilah ! Bayangkan setiap tahun pasti ada trip jauh, 2017 semua trip dibatalkan untuk beri ruang masing-masing all out fokus pada study. So now all hard works pays off ! Bella pun claim holidays yg panjang since UPSR boleh 2A ( boleh la dari takde ) sebab ami tahu seksanya KBAT ! KIta semua dah buat yang terbaik. Wah panjang mukadimah, saje nak pelepas angin setahun tu tak bercuti kemana kematu gak dok Msia je..hahaha ..takpe save the best for last kan !!!


KENAPA KE EROPAH ?

Ingat kata-kata ni sampai bila-bila, "berada di mana-mana di muka bumi ni sebenarnya kita ni tetamu Allah" dah, kalau DIA tak izinkan manakan boleh sejauh ni kita mampu nak plan kan ? Mulanya bajet kira-kira lepas la ke Istanbul, sebab mikirkan hmm, duit Lira takdelah jauh beza, beza sen sen je, so punyala hakak study 2 minggu ke Istanbul siap booking dah best apartment, habis duit murah, balun la stay yang best best kan sesekala hehehe, berangan dah nak drive ke Capadocia etc, pergh membazir life akak, 2 minggu fokus Istanbul, tetiba hubby kata cuba u lencong ke Athens, Rome , Paris, aikkk lain macam bajet dia ni (dlm hati  akak curious sangat)! So study2 seminggu gak, bang mahal tiket ni pergi balik RM5 k sorang (telaah skyscanner.com muntah jeluak akak). Entah kenapa tangan terus tekan KLIA - London eh, kenapa murah ni ???? Dah malas ceta panjang ( dah terpanjang pun..hahah) itulah kisah disebalik kisah ( ada og kisah) hahaha. Akak kan kata nak pelepas angin lama tak bercuti ni..huii!


MISI UTAMA KE LONDON DAN PARIS

misi utama adalah untuk penuhi tuntutan cita-cita buah hati saya aka husband, MR Din Tailor ( Top 3 best bespoke tailor in Malaysia according to sumber terbaik dan dipercayai among them la ) Alhamdulilah, bertapak lebih 20 tahun dalam industri bespoke tailor lebih buat keterujaan untuk sampai ke KOTA LONDON ( kami datang bukan sebagai pelancong bahkan untuk penuhi impian hidup) kerana disinilah lahirnya pioneer awal para bespoke master tailors di Saville Row London . Masyaallah terujanya kami boleh pergi untuk jalinan hubungan nanti, dan paling best boleh direct nego dengan supplier utama kain-kain di sana. Yang mana selama ini kami berurusan dengan pihak ke3 untuk pembelian kain-kain ( high rank qualities ) via Singapore traders, semestinya mahal !



TIKET PENERBANGAN DAN COSTING

Tempah tiket emirates murah lagi masa Nov 2017, kami berlima RM13,000 @ RM 2600 ok sangat la ni kan ! 
KLIA - LONDON , balik via Amsterdam , setelah study kami elak balik dari LONDON sebab airport tax yang mahal beza pun ribu jugak, so plan balik dari Amsterdam jauh lagi jimat !


ITINERARY KE NEGARA EROPAH

CADANGAN AWAL : ~
14.3 - 18.3.2018  ( LONDON , MANCHESTER, LIVERPOOL )
19.3 - 23.3.2018  ( PARIS , BELGIUM ( BRUGES/ BRUSSEL)
24.3 - 27.3.2018  ( AMSTERDAM , GERMANY ( COLOGNE) )

tarikh entry ni 2.12.2017 ( saya masih mentelaah lagi ..hehehehe ) 
pada ketika ni semua HOTEL dah kami tempah ! cuma nk mengodam last minit mana yg boleh adjust bajet lagi elok kan, kami berlima ni bukan calang-calang belanja weilok ! Semoga urusan kami dipermudahla...
Untuk tempahan banyak urusan penginapan terbaik di Agoda, Booking.com , Expedia , Hostelworld.com , Tripadvisor banyak membantu pencarian lagi tepat disebabkan banyakla review-review satu dunia dok hentam dalam tu, so bila banyak komencyg negatif senang awal-awal kita reject mana yang patut ! Cuma Expedia mostly kena byr on the dot, lain macam booking.com boleh pilih nak bayar di hotel, itupun nasib nasib la kan, dinasihatkan booking awal hotel 2,3 bulan dari tarikh kita plan datang. Moralnya JANGAN LA BUAT KERJA LAST MINIT , TRIPPLET kena bayar, pergh makan angin kuar asapla !

PERSEDIAAN PASSPORT UPDATE

check la yang penting ni, tarikh expired kena atleast 6 bulan ! Bukan den cakap, hakak imigresen yg cakap . Owh ye jika anak-anak kita yg dulu kala sebelum ada IC dah buat passport, maka segeralah buat IC dan update imigresen nanti diog akan cop/update di page passport sedia ada !


BELI AWAL SEGALA TIKET TAMBANG DI EROPAH

Termasuklah tiket OYSTER CARD ( macam touch n go) , beli online dari Msia, diog akan send ke alamat Msia ..class gitew, pos London hantar rumah perghh !! Moralnya takde la susah susah nanti sampai airport beribu umat beratur nak beli, kita terhegeh hegeh baru nak beli, bayangkan dengan muka dah macam tapai 14 jam flight, beg berkilo tu ko rasa ada masa nk happy hour kat airport nak queue panjang semata mata nak beli tiket bus ! Rentikan, siap awal2 ..entah ada yg jetlag mana tahu especially yg bercakap ni, hahha !

LONDON - PARIS naik bus je (so beli tiket awal - 8 jam perjalanan - tido la jwbnya) jimat!
PARIS - BRUSSEL naik bus ( so beli tiket awal - 4 jam perjalanan - jimat ) day trip je
PARIS - AMSTERDAM ni grand sikit naikla EURO STAR , train super laju 2 jam je sampai
AMSTERDAM - COLOGNE , GERMANY - naik train , nanti update !

lepas ni kita pi entri......................... untuk uols tengok berapa costing hakak untuk tambang sahaja, inilah cari jimat nak travel ke benua Eropah